Kalau post lepas saya bagi resipi buat coleslaw,kali ni bagi resipi kentang putar plak...ada orang cakap rasa dia sbijik cam KFC,tapi saya x sure la...kengkawan try ar sndiri k...kalu sedap share la,klu x timo kasih je lah!
Kentang putar
1 biji kentang sederhana besar1/4 kiub ayam tanpa msg
sedikit serbuk lada hitam
1/4 ketul mentega tanpa garam
2 sudu besar tepung jagung
air
sedikit garam jika perlu
1. Buang kulit ubi dan potong 8.Rebuskan ubi hingga empuk dan lembut.Lecekkan ubi hingga lumat.Kemudian kepalkan menjadi bulat di dalam mangkuk.
2. Bancuhkan tepung jagung dengan air, lada hitam dan kiub ayam.Jangan terlalu pekat.Tambahkan sedikit garam jika perlu.
3. Cairkan mentega dalam pan dgn api yang kecil.Masukkan bancuhan tepung dan kacau perlahan lahan hingga masak.Jangan terlalu lama di atas api. Curahkan kuah ini di atas kentang lecek tadi.Sedia untuk dihidang
No comments:
Post a Comment