Cinta dan Anugerah....Semalam adalah Sejarah, Hari ini adalah Anugerah, Esok adalah misteri.....Apalagi yang aku boleh buat selain bersyukur......

Wednesday, November 26, 2008

Senyumlah...


Tertawa sewajarnya merupankan ubat kecemasan� dan pelipur kesedihan. Dlm senyuman terdapat kekuatan yg menakjubkan dlm membuat jiwa bergembira dan myenangkan hati. Bahkan ada yg berkata, sesungguhnya aku akan tertawa utk membahagiakan hatiku.Tertawa adalah meupakan puncak kegembiraan, kecerian, dan keriangan. Orang Arab suka memuji org yg murah dengan senyuman dan selalu tampak ceria. Menurut mereka, perangai yg demikian merupkan petanda kelapangan dada, kedermawan, kemurahan hati, kemulian dan kesejukan hati.
Org yg murah dgn senyumandlm menjalani hdp ini bkn sahaja org yg paling mampu membahagiakan diri sendiri, tetapi juga org yg berkemampuan lebih dlm mengerjakan pelbagai urusan. Org itu lbg bertanggungjawab ketika memikul tugas, org yg paling kuat menghadapi kesulitan dan memecahkan persoalan dan lbh professional dlm memikul urusan penting yg bermanfaat bg diri mrk dan masyarakat.
Senyuman tidak akan berharga sekiranya tidak terbit dari hati yg tulus ikhlas dan utk menutupi perangai yg tidak baik. Lihatlah setiap bunga tersenyum, hutan tersenyum, sungai dan lautan, langit, bintang2 dan burung2 semuanya tersenyum. Raut wajay seseorng adalah bisikan keadaan jiwanya. Disebabkan itu, anda tidak harus rasa hairan bila ada org yg menegur anda yg hakikatnya dlm kesedaiah dilanda masalah. Oleh krn itu, tidak akan tampak keindahan pd org yg jiwanya tidak tenang dan tidak akan ada kebenaran dari org yg hatinya kotor.
Tiada yg membuatkan jiwa dan wajah seseorg menjadi muram selain krn keputus asaan. Maka jika anda menginginkan senyuman, tersenyumlah terlebih dahulu dan perangilah keputus asaan. Sesungguhnya kesempatan terbentang luas bg anda dan semua manusia. Dgn lain kata, anda masih mempunyai kesempatan utk meraih kejayaan dan bahagia dalam hidup. Oleh krn itu, biasakan berfikiran optimis dan yakin akan masa depan yg lebih baik. Sekiranya anda berkeyakinan bahawa anda adalah org yg hanya berkemampuan utk mengurusi perkara2 kecil, bererti kehidupan anda tidak akan melebihi perkara2 kecil sahaja dlm hdp ini. Tetapi sebaliknya, sekiranya anda berkeyakinan bahawa anda berkemampuan melakuka perkara2 yg besar, nescaya anda akan memiliki semangat dan tekad yg besar yg akan mampu menghancurkan semua aral dan rintangan. Dgn semangat itu, anda akan dpt menembusi setiap tembok pghalang dan memasuki lapangan kehidupan yg sgt luas utk tujuan yg mulia.

No comments: