Cinta dan Anugerah....Semalam adalah Sejarah, Hari ini adalah Anugerah, Esok adalah misteri.....Apalagi yang aku boleh buat selain bersyukur......

Wednesday, August 18, 2010

Surat aku memang bujang....

Aku dah pegi kusus kawin baru aku tahu ada surat ni.surat bos kata kita ni bujang...dah termasuk dlm syarat nak mnikah, nak xnak kena buat jugak..surat contoh..~

(pakai letter Head company)

Tarikh

Kepada sesiapa yang berkenaan,
(atau boleh tujukan terus kpd Pengarah Jabatan Agama negeri
masing-masing kalau tau la)

Tuan,

PER : SURAT AKUAN BUJANG

Izinkan saya merujuk perkara di atas.

Adalah dengan ini diakui bahawasanya Nama No kad Pengenalan XXXXX adalah seorang pekerja di syarikat ini. Berdasarkan rekod syarikat kami, Nama adalah masih seorang BUJANG dan BELUM PERNAH BERKAHWIN.

Surat akuan bujang ini hanya boleh diterima pakai sehingga selesai permohonan perkahwinan beliau.

Sekian terima kasih.

Yang benar
Nama Orang yg mengeluarkan surat
Cop syarikat...tanda tangan pegawai.





~sharing is caring~

No comments: